Sign In

Internal Audit Unit

Latar Belakang

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya Audit Dalaman ditubuhkan di kementerian / jabatan kerajaan untuk memeriksa perjalanan perbelanjaan dan pungutan hasil kementerian / jabatan masingmasing seperti yang terkandung dalam keputusan persidangan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet ke-51 pada 19 Safar 1424 / 21hb April 2003.

  • Setiap Kementerian hendaklah menubuhkan Audit Dalaman. Penubuhannya di Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian masing-masing adalah atas budi bicara Setiausaha Tetap berdasarkan kesesuaian dan keperluan semasa.
  • Berkuatkuasa pada 10hb September 2003 mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan: 10/2003.

Definisi, Visi dan Misi
  • Satu penilaian bebas yang diwujudkan dalam sesebuah kementerian / jabatan kerajaan sebagai khidmat kepada pengurusan untuk mengukur dan menilai sistem kawalan dalaman.
  • Ke Arah Pengurusan Kewangan Yang Teratur, Cekap dan Berkesan.
  • Untuk memastikan perbelanjaan dibuat sepertimana ianya dipohonkan dan pungutan hasil Kementerian dan Jabatan adalah teratur dan berkesan.

Objektif
  • Memastikan kawalan dalaman mencukupi ke atas Pengurusan Kewangan. 
  • Mencegah / mengawal pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran serta pemborosan. 
  • Membantu dalam mentadbir / mengurus kewangan dan harta benda kerajaan. 
  • Memastikan kelemahan-kelemahan dikesan lebih awal. 
  • Memastikan kelemahan-kelemahan perbelanjaan / pengutipan diperbaiki. 
  • Membantu Pegawai Pengawal (vote controller) untuk lebih bertanggungjawab (accountable). 
  • Memastikan Peraturan Kewangan, undang-undang, prosedur dan surat keliling difahami dan dipatuhi